Friday 25 October 2013

Sudah Takdir

Pejalanan hidup yang berliku menbuatkan aku lebih berhati-hati dengan kerenah manusia . Siapa lah aku ,setiap manusia menpunyai hati dan perasaan , hati mana tidak terluka jika orang yang kita sayang tinggalkan kita tanpa sebab . Sakitnya masih terasa sehingga kinin, masih terbayang wajahmu ,masih terdengar suaramu ,tapi apakan daya aku tidak mampu untuk mempertahankan ..

Dulu aku yang kau rindu
Aku yang selalu kau utamakan
Sehingga aku sentiasa terbayang engkau dimana-mana
Setiap detik ,masa aku memikirkan dirimu
Bagaikan terlihat senyuman tawamu di alam mimpi
Indahnya senyuman itu ,aku bagaikan terbang di alam sendiri tanpa penghuni
Tolongkan sedarkan aku dari mimpi yang indah ini ,
Sehingga satu hari aku tersedar dari mimpi yang indah
Hati bagaikan retak seribu, entah mengapa aku bagaikan manusia yang berjasad tetapi tidak bernyawa,
Berdarah itu kembali mengalir sehingga tidak dapat ditahan lagi
Pergi lah air mata, bangkitlah jasad yang telah lama mati dengan semangat yang baru,
Senyum lah untuk hari-hari yang akan datang
Senyuman ini akan terukir sehingga kesedihan ini hilang dengan sendirinya.
Masih menanti 
Harapan yang tinggal hanya khayalan 
Untuk menlupakan teramat sukar bagiku ,Dengan semangat aku kuat untuk meneruskan kehidupan Ini tanpa kau disisi..
Kala hati begitu mencintai.. Semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki.
Semakin kuingin terus menghampiri.. Semakin jauh dia melangkah pergi..
Takdir Allah adalah yang terindah ,Yakin dengan ketentuan-Nya dan sabar dengan dugaan-Nya .Bahagia pasti menjadi milik kita .


Wednesday 16 October 2013

Terluka

Sampai ke hari ini masih terbayang-bayang dan masih mengejar benda yang tidak pasti , Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya ,hanya aku yang perlu kuat untuk menghadapi dugaan ini .. Siapa lah aku untuk menolak takdir Allah . Hari Raya Aidiladha aku rasakan amat menyakitkan entah mengapa bayang-banyang dia masih di ingatan ,dan aku tak mampu untuk melupakan .. 

Setiap hari aku menunggu dan terus menunggu ,sampai bila aku dah penat dengan semua ini , sakit aku , Siapa yang tahu ? Tak pernah nak ambik tahu ,Mana semua janji awak dulu mana ? Hilang entah kemana .. Hati lelaki cepat berubah aku dah letih dengan semua ini ,letih bermain dengan perasaan . Setiap hari hati sentiasa merana ,terluka ,sampai bila ? Tak pernah nak setia .. Aku bersyukur masih ada rakan-rakan yang memberikan semangat , cakap untuk diri sendiri MOVE ON LAH SUE !! .

Cakap senang nak melakukan susah,
hermmm
Ya ALLAH kuatkan lah hambamu ini ,,
Kini aku hanya sepi,sepi seorang perindu 
sepi tanya bicara dan kata-katamu
sepi suaramu yang memukau
sepi senyumanmu , 

Thursday 10 October 2013

Biar aku jadi Penunggu

Sakit sangat aku rasa sekarang, Ya Allah kenapa setiap kali aku yang perlu lalui semua ini ,kenapa mesti aku yang jadi mangsa ,Kenapa dari dulu tak cakap. Apa salah aku ? Kadang-kadang hidup mengajar aku lebih berhati-hati dan semua ini mendewasakan aku , aku kena kuat sebulan je lagi aku dekat sini ..

Setiap hari pasti ada morning ,bangun pagi mesti tersenyum ,tipu kalau aku tak ada rasa sayang ,pelahan-lahan rasa sayang aku bercambah ,setiap yang aku lalui sentiasa berakhir dengan kekecewaan .. Tahu aku menderita aku tak kuat tak menlangkah ke hadapan lagi ..Mana pergi janji ,mana pergi kelembutan awak ,suara awak mana janji awak pada saya ? Ujian demi ujian aku lalui dengan tabah ,mengambil masa yang panjang untuk aku jadi seperti dulu ,sakit memang sakit ,luka yang lama masih belum sembuh dan kini luka yang baru kembali berdarah . Aku tak perlukan yang sempurna,aku hanya mahukan kekuatan, KEBAHAGIAN .Salah aku sebab sayang orang yang salah ,Aku kena kuat untuk menlangkah ke hadapan ..ya Aku kena kuat ,biar orang lihat aku seorang yang kuat, dimata orang aku perempuan yang ceria,yang tabah ,tapi hakikatnya siapa yang tahu .Biar lah senyuman ini terukir sendiri bila hati ini sembuh ..Kadang-kadang buat aku jadi seorang pebenci lelaki ,tak semua lelaki sama ,tapi hakikatnya semua sama .. Dimana janji kerana hati ? andai ada hati yang disakiti ?

Menjadikan cinta PERTAMA kepadamu adalah suatu yang HEBAT ,tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR adalah jauh lebih SEMPURNA. 
Bagaikan hempedu terasa pahitnya, andai hati tak suka mengapa menabur janji yang akan membuat orang lain akan terluka .
Kerana Rindu itu aku SETIA.. kerana KASIH ini aku disini..
Kerana SAYANG itu aku TERLUKA ..
Kerana CINTA ini aku terus MENANTI ..


Menunggu

Dah lama aku biarkan blog ni bersawang .. Mengapa aku yang selalu ditakdirkan begini ? Sakitnaya aku rasa ..Bila aku mula sayang ,bila nama dia mula menapak dihati aku ,aku sedar aku sayangkan dia dan boleh terima dia. Tapi cuma seketika ,9 bulan ,Dia hadir ketika aku sedih dan pergi saat aku perlukan dia .. Perlu menunggu lagi , terus menunggu bagaikan bulan jatuh ke riba ..


Ku selalu menyakiti dan sering berdusta
Dan membuat kau tinggalkan aku
Pertelingkahan kita selalu tiada akhirnya
Melemaskan mu dalam cinta ku
Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu sehingga akhir waktu
Kenangan indah ketika kita bersama
Membuat ku terbayangkan kamu
Aku tahu cinta ku tersemat di hati ku
Aku yakin hanya kau untuk ku
Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu sehingga akhir waktu
Aku kan menunggu
Hingga kita kan bersama
Kau akan selalu ku cinta
Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu hingga akhir waktu