Tuesday 5 November 2013

#BUDAK #BILIK #308


My love heart, kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku selama ini, 
yang menyokong setiap kelakuan aku, tanpa aku sedar mereka juga lah kawan yang terbaik yang pernah aku kenali, dari sem 1 sehingga sem 5, cepatkan masa berlalu sedih rasa nak habiskan zaman kolej ni. Ketawa mereka kadang menyesakan dada aku, ketawa terbahak-bahak selalunya dengan ena ,ana aku tak boleh nak tengok muka diorang mesti nak ketawa, kalau sehari nak ketawa memang tak sah !! hahaha.. Memang sedih nak tinggalkan diorang, selamani aku sedih aku menangis diorang yang bagi semangat,sampai satu tahap mereka sanggup teman kesedihan aku sehingga pagi.. 
Ketawa bersama menangis bersama, susah senang bersama, itu lah kami 
Setiap jalan yang kami lalui kami langkah dengan laju,langkah kami sentiasa bersama
setiap detik dan waktu kami sentiasa bersama
perjalanan semakin pantas sehinggakan masa itu begitu cemburu terhadap kami
Derapan hati kami seriring dengan langkah kian dewasa, kesedihan kami kongsikan bersama
Beberapa hari akan kami tinggalkan dan kenangan ini akan kami bawa sehingga nyawa yang terakhir.
Nurul farhana bt azmi - Terima kasih kerana sudi menjadi teman dan kawan yang paling faham aku,yang selalu menbebel ,marah aku kalau aku ada buat silap,selalu bagi semangat bila aku jadi disaat tersungkur oleh permainan lelaki,Insya Allah kau sentiasa ada dalam hati aku,kau kawan yang paling baik aku pernah jumpa :) ,harap kita kawan sampai bila-bila.
Norazlina bt mohamed amin - Aku sayang kau sangat-sangat ,walaupun kau seorang yang cerewet,hahaha, tapi kau lah kawan yang sentiasa ada dengan aku bila aku sedih ,kau faham hati aku maca mana,kaumenangis bila aku sakit di tinggalkan, susah senang kita sama-sama, sedih aku nak berpisah dengan kau . Kau kawan yang baik ,nanti bila kiita dah habis belajar jangan lupa dekat aku :) ,terima kasih sudi jadi kawan aku yang terbaik ,yang sudi menangis dengan aku .
Nurhidayah bt ahmad fuzi- seorang yang baik ,dan sentiasa ada dengan aku bila gembira,susah senang bersama ..Terima kasih kawan :) harap kita akan menjadi kawan sehingga hayat kita masih ada .

Kita selalu nampak pelangi itu indah dan selalu bersinar
begitu lah wajah-wajah kita yang sentiasa ceria dengan gelak tawa kawan-kawan
Sepi tanpa gelak tawa bsepi lah bilik ini ,sepi tanpa bicara seorang kawan ,sepi lah kehidupan seharian ini
Kawan dengan lafaz Alhamdulilah aku bersyukur tak terhingga kerana mengenali orang yang sangat baik seperti korang
Bila kita berjauhan ingat lah aku sentiasa mendoaakan kebahagian kawan-kawaku
Mutiara jernih yang pernah jatuh dari mata ini ,segala kesakitan yang kita lalui akan membawa kenangan yang sangat bermaknya untuk semua
Jadi lah manusia yang sentisa bersabar dalam menhadapi dugaan,belajar dari kesilapan kita
 p/s :
ANA,ENA,JAJA,YAYA 
acu nak cakap acu sayang sangat nak tinggalkan korang,
acu doakan korang akan bertemu jodoh yang baik ,dapat kerja yang baik
kalau jadi apa-apa dekat acu suatu hari nanti ,axu mintak maaf
dan acu tak pernah terasa,demdam dengan korang ,acu doakan korang disetiap akhir solat acu .
TERIMA KASIH PERNAH JADI SEBAHAGIAN KAWAN YANG TERPENTING DALAM HIDUP SULIZA :)

love you sayang :)






                                                           

Monday 4 November 2013

Salam Maal Hijrah

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Ya Allah tidak ku sangka langkahku sudah jauh meninggalkan segala kesakitan dan penderitaan 
terima kasih Ya Allah . Siapa sangka kesedihanku dahulu Allah telah tukarkan dengan kegembiraan yang tidak terucap dengan kata-kata hanya aku yang mampu melahirkanya. Semangat yang sentiasa ada dalam diri membuatkan aku laju melangkah untuk meninggalkan kehidupan zaman kolejku, Zaman yang membawa kepada pelbagai kenangan dan kenangan itu yang membuatkan aku seorang yang kuat sehingga kini. 

Hanya tinggal 18 hari lagi aku di IKIP INTERNATIONAL COLLEGE , masa begitu cemburukan hidupku , sudah 2 tahun lebih aku berada di bumi kuantan . AHHHAAHH ,bahagianya ku rasa untuk menhabiskan zaman ini , dalam gembira untuk meninggalkan zaman ini ,terselit sedikit kesedihan dihati kerana aku terpaksa berpisah dengan rakan sepejuanganku dalam pelajaran . Kami meniti kehidupan seharian bersama-sama susah senang bersama itu lah dinamakan KAWAN . Gelagat budak-budak bilik ana,ena,jaja,yaya dan ila yang sentiasa mencuit hati . Dengan gelak tawa mereka kadang-kadang menghilangkan rasa sedih . Bila terasa diri ini jatuh mereka memberikan semangat ,bahu mreka yang aku pinjam selama ini bagi melepaskan kesedihan di tinggalkan . Mereka adalah kawan sehingga matiku . Hingga ke akhirat akan aku kenang jasa mereka dan setiap doaku akan ku doakan kebahagian semua :). 

Untuk kali ini tiada apa yang hendak aku luahkan ,aku hanya mampu berdoa suatu hari nanti aku akan ditemukan jodoh dengan seorang imam yang benar-benar layak untuk ku panggil suami :) .
Biar lah masa yang menentukan ,Biar lah Allah yang menetapkan arus kehidupanku , Biar lah corak kehidupan itu berjalan dengan sendiri tanpa aku sedar, Biar kenangan yang dahulu aku jadikan satu pengajaran dan kenangan itu akan ku simpan sehingga hayatku yang terakhir .