Thursday 24 July 2014

ABAH

5/5/2014 ISNIN

Masih aku teringat satu kejutan diluar jangkaan ku..Aku dapat satu panggilan dari ibuku yang mengatakan abah tak balik dari pantai selepas keluar menjaring ikan. Bayangkan betapa sedihnya bila kami sekeluaga dapat tahu yang abah sudah meninggal dunia di tepi pantai leban chondong.. Pada mulanya mak hanya fikirkan moto abah rosok mungkin selalunya arwah abah balik ke rumah pukul 4 petang tapi hari itu abah tak balik pada waktunya ..Mak bergerak mencari abah di pantai ,sampai di tepi pantai kelihatan ramai orang berserta polis mak meluru ke arah orang ramai dan mendapati abah sudah terbaring tidak bernyawa lagi..Masih terasa dengan pemergian arwah abah.. hari berganti hari bulan berganti bulan.. Andai aku boleh ubah masa..

Tercari-cari

Disini aku ingin ceritakan kisah hidupku selama berbulan2 aku menghilangkan diri,entah mengapa hari ini tergerak hati aku untuk menaip blog ini sudah lama aku rasakan blog ini bersawang tanpa apa2 berita..
Selama 3 bulan aku praktikal di KSD,alhamdulilah aku sudah habis latihan industri di KSD , sekarang aku berkerja di Hospital muadzam shah,Mungkin disini rezeki aku .

5/5/2014 Isnin
Siapa yang mengaturkan segalanya adalah yang maha Esa,Apabila ayanh yang aku sayang yang selalu belai aku kini sudah tiada..Rindu aku kepadanya tidak terkata saban malam aku menangis untuk kuatkan semangat aku teruskan kehidupan aku. Bila aku sedih apatah lagi ibuku yang kini tinggal keseorangan diri rumah selalu mengalirkan air matanya apabila duduk bersendirian. Walaupun ada kegembiraan bila anak2 balik tapi jauh didasar hatinya dia amat merindu abah.
Lagi beberapa minggu kami akan menyambut bulan ramahdan abah dijemput Allah ,Susah untuk aku terima kenyataan yang pahit ini.. Abah adik terlalu rindukan abah..hemm

20/09/2014 sabtu
Hari ini aku akan berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh menerima kekurangan dan kelebihan diriku ..Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.. Biar lah hubungan ini sampai ke akhirat.
Biar ajal yang memisahkan kami.. 

Wednesday 22 January 2014

Jodohku

Alhamdulilah aku sudah mula praktikal di semua syarikat di muadzam shah, semuanya berjalan dengan lancar. Entah mengapa aku merasakan seperti ada yag akan berlaku,dan ea semuanya berlaku dengan begitu lancar,tanpa aku sedar.
Ya Allah ini adalah satu jodohku, mungkin dengan berkat kesabaran aku

Dia seorang yang baik,malah seorang yang otak kurang betul agaknya ..hahha
cuma aku nak katakan ketika ini aku sangat bahagia berada disisiNya.
Dan aku rasakan dia adalah jodohku
Andai ditakdirkn Insya Allah hujung tahun ini aku akan melansungkan pertunangan :)
InsyaAllah dengan doa mak abah serta adik beradiku :)
InsyaALLAH jika tidak ada halangan semuanya kan berjalan dengan lancar..
Mungkin sudah sampai jodohku.
Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan segalanya ..                                 
                                                                                                                      SEMOGA JODOH KITA                                                                                                         AKAN BERKEKALAN SEHINGGA
                                                                                                                             KE SYURGA .AMIN




Thursday 26 December 2013

Kenanganku 2013

Hanya sebagai bacaan dan luahan hati serta kisah hidup ku.

2013 banyak menyimpan pelbagai kenangan kisah hidup ku yang sedih gembira, entah bagaimana hendak ku katakan, hidup aku kini telah berubah, sebelum ini rasa kosong dan mungkin sekarang telah terisi sedikit dengan hadirnya seorang insan yang entah dari man munculnya sebagai mengubat luka dan mungkin mengubat segala kelukaanku dulu. Mungkin ??
Entah dari mana datangnya dan tiba-tiba dia hadir dalam hidup ku, terasa bahagia 

Kenangan tahun ini akan ku simpan sehingga akhir hayatku .
Kala hati ku berkata-kata
GOOD BYE 2013
SAY HEY 2014
NEW MEMORIES 2014
Kala hati ku tersekit rasa
Kala seperti cuba menjauh
Kau seperti menbenci ku
Salah apa aku pada mu
Silapa apa ku dalam bicara
Kata kan lah.. Luahkan lah..
Isi hati ketidak puasan mu
Pada ku,Meski kau ku terasa
Sakinya nanti,tapi ku kan cuba belajar
Menerima sebuah hakikat tentang nya
Maafkan aku,ku tahu ada sesuatu
Menggangu mu perasaan dalaman mu
Jiwa mu,kala kau dan aku berteman
Maafkan,aku yang silap dan salah ku..

Terpaku aku dengan bualan cintamu
Terpaku aku dengan suara aluna muzik suara dan iramanya
Disudut hati nan cintamu
Indahnyaku rasakan bagaikan ku hidup dalam alam mimpi 
Dan membiarkan diriku terus hanyut belaian kasih mu
Terus mengejar setiap kemanisan itu
Dengan bersaksikan Sang Bulan yang menerangi keindahan malam
Menerangi Seluruh alam 
Matikanlah aku dalam pelukanmu dan jangan lah engkau lepaskan segala kemanisan ini
Tanpaku sedar belaian dan cinta mu semakin rapuh hari demi hari dan pelukanmu hambarku rasakan tiada lagi kehangatakan cintamu
Hilang lah sudah kenikmatan cintamu, Manis ku rasakan dahulu 
Terlalu pahit untukku telan ,Aku rebah dengan permaianan cintamu 

Desakan air bisakan merubah..
Dan segunung pasir akan menjadi lembah
Tiada yang mustahil
Keteguhan cinta
Tumbang kerana keperitan
Seribu dugaan 
Mungkin suratan kita
Hanya disini cuma
Perpisahan mungkin akan membawa hikmahnya
Aku terima segalanya dengan REDHA
Pengalaman kita abadikan dalam jiwa

Apa pun akhirnya kisah hati kita
Bahagia atau kecewa
Semuana pasti ada hikmahnya
KIta merancang dan berusaha
Allah menentukan semua
Dan Dia memberikan 
Hanya yang terbaik untuk kita
Ucapkan saja, dan ku merelakan juga. 

Aku pernah setiam tapi aku diduakan
Aku pernah percaya,tapi aku dikhianati
Aku pernah mencintai,tapi aku disakiti
Aku pernah memiliki,tapi aku kehilangan
Aku pernah tulus,tapi aku dibhongi
Aku pernah berharap,tapi harapan itu sia-sia.

Segala kenangan ku sematkan didalam jiwaku
biar lah ea berlalu begitu , teruskan menlangkah dan terus kan segalanya
Alhamdulilah ,aku menutup kisah sedih hidupku 
27.12.2013 JUMAAT
SALAM JUMAAT YANG TERAKHIR PADA TAHUN INI .





Friday 13 December 2013

Masihkah ?

Bismilah, Alhamdulilah aku masih bernyawa sehingga kini :)

13.12.2013 *jumaat

Aku masih seperti dulu yang masih kosong seperti mana kosongnya hati ini,satu persatu berlalu begitu sahaja,entah mengapa hati ini terasa bagaikan hilang sinar cahaya, baru pertama kali aku rasa begini,entah mengapa perasaan ini sering kali datang memanggilku menjadi seorang yang kuat, aku perlu tempuhi perjalanan hidup ini dengan kesabaran dan kekuatan demi orang yang sering memberikan aku semangat. Aku sering tertanya kepada diriku apa yang aku perlu lalukan menunggu dan terus menunggu ,kenyataan itu sangat sakit untuk aku luahkan ,hanya coretan hati mengambarkan betapa sakitnnya,sedihnya hati ini, walaupun luaranku nampak gembira hatiku sering kali menangis dan terus menangis saban malam,hanya padamu Allah aku memohon petunjuk dan ku luahkan hati ini, sering kali air mata ini meniti di depanMU , entah perasaan malu ku hanya padamu Ya Allah. 

Masih mengejar bayang-bayang yang tidak nampak wajahnya
Masih ,mengejar burung yang tinggi terbangnya
Masih mengejar kasih sayang yang tiada menyudahnya
Masih mengejar cinta yang tak pernah datang
Masih menunggu seseorang yang tidak pernah menghagai
Masih ada harapan yang inginkan penyatuan hati
Masih ingin memilikinya walaupun aku tahu sukar untuk ku dapat
Masih Ada cahaya kemaafan dan masih ada sinar cinta untuk ku
Masih Tercari-cari seseorang yang boleh meruntuhkan tembok hatiku 
Menunggu,dan terus menunggu :)

Tuesday 5 November 2013

#BUDAK #BILIK #308


My love heart, kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku selama ini, 
yang menyokong setiap kelakuan aku, tanpa aku sedar mereka juga lah kawan yang terbaik yang pernah aku kenali, dari sem 1 sehingga sem 5, cepatkan masa berlalu sedih rasa nak habiskan zaman kolej ni. Ketawa mereka kadang menyesakan dada aku, ketawa terbahak-bahak selalunya dengan ena ,ana aku tak boleh nak tengok muka diorang mesti nak ketawa, kalau sehari nak ketawa memang tak sah !! hahaha.. Memang sedih nak tinggalkan diorang, selamani aku sedih aku menangis diorang yang bagi semangat,sampai satu tahap mereka sanggup teman kesedihan aku sehingga pagi.. 
Ketawa bersama menangis bersama, susah senang bersama, itu lah kami 
Setiap jalan yang kami lalui kami langkah dengan laju,langkah kami sentiasa bersama
setiap detik dan waktu kami sentiasa bersama
perjalanan semakin pantas sehinggakan masa itu begitu cemburu terhadap kami
Derapan hati kami seriring dengan langkah kian dewasa, kesedihan kami kongsikan bersama
Beberapa hari akan kami tinggalkan dan kenangan ini akan kami bawa sehingga nyawa yang terakhir.
Nurul farhana bt azmi - Terima kasih kerana sudi menjadi teman dan kawan yang paling faham aku,yang selalu menbebel ,marah aku kalau aku ada buat silap,selalu bagi semangat bila aku jadi disaat tersungkur oleh permainan lelaki,Insya Allah kau sentiasa ada dalam hati aku,kau kawan yang paling baik aku pernah jumpa :) ,harap kita kawan sampai bila-bila.
Norazlina bt mohamed amin - Aku sayang kau sangat-sangat ,walaupun kau seorang yang cerewet,hahaha, tapi kau lah kawan yang sentiasa ada dengan aku bila aku sedih ,kau faham hati aku maca mana,kaumenangis bila aku sakit di tinggalkan, susah senang kita sama-sama, sedih aku nak berpisah dengan kau . Kau kawan yang baik ,nanti bila kiita dah habis belajar jangan lupa dekat aku :) ,terima kasih sudi jadi kawan aku yang terbaik ,yang sudi menangis dengan aku .
Nurhidayah bt ahmad fuzi- seorang yang baik ,dan sentiasa ada dengan aku bila gembira,susah senang bersama ..Terima kasih kawan :) harap kita akan menjadi kawan sehingga hayat kita masih ada .

Kita selalu nampak pelangi itu indah dan selalu bersinar
begitu lah wajah-wajah kita yang sentiasa ceria dengan gelak tawa kawan-kawan
Sepi tanpa gelak tawa bsepi lah bilik ini ,sepi tanpa bicara seorang kawan ,sepi lah kehidupan seharian ini
Kawan dengan lafaz Alhamdulilah aku bersyukur tak terhingga kerana mengenali orang yang sangat baik seperti korang
Bila kita berjauhan ingat lah aku sentiasa mendoaakan kebahagian kawan-kawaku
Mutiara jernih yang pernah jatuh dari mata ini ,segala kesakitan yang kita lalui akan membawa kenangan yang sangat bermaknya untuk semua
Jadi lah manusia yang sentisa bersabar dalam menhadapi dugaan,belajar dari kesilapan kita
 p/s :
ANA,ENA,JAJA,YAYA 
acu nak cakap acu sayang sangat nak tinggalkan korang,
acu doakan korang akan bertemu jodoh yang baik ,dapat kerja yang baik
kalau jadi apa-apa dekat acu suatu hari nanti ,axu mintak maaf
dan acu tak pernah terasa,demdam dengan korang ,acu doakan korang disetiap akhir solat acu .
TERIMA KASIH PERNAH JADI SEBAHAGIAN KAWAN YANG TERPENTING DALAM HIDUP SULIZA :)

love you sayang :)






                                                           

Monday 4 November 2013

Salam Maal Hijrah

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Ya Allah tidak ku sangka langkahku sudah jauh meninggalkan segala kesakitan dan penderitaan 
terima kasih Ya Allah . Siapa sangka kesedihanku dahulu Allah telah tukarkan dengan kegembiraan yang tidak terucap dengan kata-kata hanya aku yang mampu melahirkanya. Semangat yang sentiasa ada dalam diri membuatkan aku laju melangkah untuk meninggalkan kehidupan zaman kolejku, Zaman yang membawa kepada pelbagai kenangan dan kenangan itu yang membuatkan aku seorang yang kuat sehingga kini. 

Hanya tinggal 18 hari lagi aku di IKIP INTERNATIONAL COLLEGE , masa begitu cemburukan hidupku , sudah 2 tahun lebih aku berada di bumi kuantan . AHHHAAHH ,bahagianya ku rasa untuk menhabiskan zaman ini , dalam gembira untuk meninggalkan zaman ini ,terselit sedikit kesedihan dihati kerana aku terpaksa berpisah dengan rakan sepejuanganku dalam pelajaran . Kami meniti kehidupan seharian bersama-sama susah senang bersama itu lah dinamakan KAWAN . Gelagat budak-budak bilik ana,ena,jaja,yaya dan ila yang sentiasa mencuit hati . Dengan gelak tawa mereka kadang-kadang menghilangkan rasa sedih . Bila terasa diri ini jatuh mereka memberikan semangat ,bahu mreka yang aku pinjam selama ini bagi melepaskan kesedihan di tinggalkan . Mereka adalah kawan sehingga matiku . Hingga ke akhirat akan aku kenang jasa mereka dan setiap doaku akan ku doakan kebahagian semua :). 

Untuk kali ini tiada apa yang hendak aku luahkan ,aku hanya mampu berdoa suatu hari nanti aku akan ditemukan jodoh dengan seorang imam yang benar-benar layak untuk ku panggil suami :) .
Biar lah masa yang menentukan ,Biar lah Allah yang menetapkan arus kehidupanku , Biar lah corak kehidupan itu berjalan dengan sendiri tanpa aku sedar, Biar kenangan yang dahulu aku jadikan satu pengajaran dan kenangan itu akan ku simpan sehingga hayatku yang terakhir .