Monday 4 November 2013

Salam Maal Hijrah

Bismillaahir rahmaanir rahiim

Ya Allah tidak ku sangka langkahku sudah jauh meninggalkan segala kesakitan dan penderitaan 
terima kasih Ya Allah . Siapa sangka kesedihanku dahulu Allah telah tukarkan dengan kegembiraan yang tidak terucap dengan kata-kata hanya aku yang mampu melahirkanya. Semangat yang sentiasa ada dalam diri membuatkan aku laju melangkah untuk meninggalkan kehidupan zaman kolejku, Zaman yang membawa kepada pelbagai kenangan dan kenangan itu yang membuatkan aku seorang yang kuat sehingga kini. 

Hanya tinggal 18 hari lagi aku di IKIP INTERNATIONAL COLLEGE , masa begitu cemburukan hidupku , sudah 2 tahun lebih aku berada di bumi kuantan . AHHHAAHH ,bahagianya ku rasa untuk menhabiskan zaman ini , dalam gembira untuk meninggalkan zaman ini ,terselit sedikit kesedihan dihati kerana aku terpaksa berpisah dengan rakan sepejuanganku dalam pelajaran . Kami meniti kehidupan seharian bersama-sama susah senang bersama itu lah dinamakan KAWAN . Gelagat budak-budak bilik ana,ena,jaja,yaya dan ila yang sentiasa mencuit hati . Dengan gelak tawa mereka kadang-kadang menghilangkan rasa sedih . Bila terasa diri ini jatuh mereka memberikan semangat ,bahu mreka yang aku pinjam selama ini bagi melepaskan kesedihan di tinggalkan . Mereka adalah kawan sehingga matiku . Hingga ke akhirat akan aku kenang jasa mereka dan setiap doaku akan ku doakan kebahagian semua :). 

Untuk kali ini tiada apa yang hendak aku luahkan ,aku hanya mampu berdoa suatu hari nanti aku akan ditemukan jodoh dengan seorang imam yang benar-benar layak untuk ku panggil suami :) .
Biar lah masa yang menentukan ,Biar lah Allah yang menetapkan arus kehidupanku , Biar lah corak kehidupan itu berjalan dengan sendiri tanpa aku sedar, Biar kenangan yang dahulu aku jadikan satu pengajaran dan kenangan itu akan ku simpan sehingga hayatku yang terakhir .

No comments:

Post a Comment