Aku rasa aku lah seorang perempuan yang bodoh , sebab kenal seorang lelaki yang sekejam awak , kenapa awak perlu menipu saya ? kenapa awak tak pernah nak hargai saya ? awak buta kan? buta menilai diri saya .. Memang saya cakap saya benci awak , tapi saya sedih awak .. sedih sangat .. Saya harap awak akan sedar suatu hari nanti , tapi bila awak sedar mungkin saya sudah menjadi milik orang lain ..
Bibirku meluahkan cinta ,meluahkan segala kesakitan ini . Kadang-kadang aku tidak terdaya berkawan dengan angan-angan bertemankan bayang-bayang .. Sebelum aku kenal kau seharusnya aku mengintai pintu hati mu ,sudah dimiliki atau tidak .. Duluya pelangiku sentiasa bersinar memberikan cahaya yang berwarna warni , sekarang pelangi yang ku siram ,yang ku baja dengan kasih sayang kini kegelapan , seperti kegelapan malam tanpa cahaya ,meraba-raba mencari jalan cahaya yang baru . .Aku menharapkan suatu hari nanti cahaya akan bersinar kembali ,aku hanya perlu menunggu ,menunggu ,dan terus menunggu ..
Tiba-tiba dia hadir dan tiba-tiba dia hilang entah kemana , hilang tanpa khabar berita ,hilang tanpa sebab. Silap aku kerana jatuh cinta ,insan sepertimu, seharusnya aku ,cerminkan diriku ,sebelum tirai kamar aku buka ,untuk mengintaimu . Perlukah kan bertanya tentang hatiku,sedangkan sejak itu kan telah tahu ,betapa aku kecewa oleh perbuatan yang tiba di luar jangkaan ..Mustahil untuk aku menggapai bintang cinta di hati andai ia tidak sempurna .. Kasih jangan tinggalkan aku bersendirian ,aku terseksa dengan kerinduan ..
No comments:
Post a Comment