Wednesday, 10 July 2013

Kesedihan,Kebahagiaan,Kesabaran

Semakin hari semakin sayang ,kehidupan aku gembira berada disamping dia , sangat gembira , setiap saat ku rasakan indah , memang indah ciptaan Allah tiada cacatnya dia di mata aku . Siapa sangka ku ingatkan air itu sentiasa tenang dan tiada gelora ,apakan daya hubunganku dipukul badai bukan kerana orang ketiga antara kami tetapi kerana sikap manusia yang tak pernah puas apa yang dia ada ,kenapa perlu cari yang lebih baik sedangkan yang dihadapan ini lebih baik ? Manusia sentiasa inginkan yang baru !!! 

Aku seorang gadis bertudung ,tidak secantik diana amir mahupun shila hamzah , cukup ku katakan aku seorang gadis yang ceria ,comel ada lah kot ..hahaha .. sabar dan sentiasa memaafkan orang adalah sifatku , aku anak kelapan dari lapan beradik , menpunyai 6 orang abang dan seorang kakak , cukup buat aku sentiasa disayangi oleh mereka ,mereka sentiasa menberikanku semangat , aku juga seorang yang cepat menangis ,tanpa sedar air mata mengalir tanpa henti , bukan aku tidak kuat untuk mengharungi hidup ini tetapi akal dan fikiran aku yang beremosi tanpa sedar aku terkulai di bumi Allah . Allah sentiasa disisiku setiap sujudku sentiasaku berdoa agar aku akan mendapat iman yang terbaik pada masa hadapan . Ya Allah jika benar dia bakal imamku pada masa hadapan Engkau kekalkan hubungan kami dan jika tidak Engkau hapuskan rasa cinta dan sayangku darinya .. 

Aku sentiasa bersabar ,dan sentiasa rendah diri aku manusia biasa yang punya perasaan dan sentiasa dilanda masalah ,Allah berikanku dugaan bukan kerana tidak sayang tetapi kerana Allah tahu aku kuat untuk menghadapi dugaan ini . Aku juga manusia yang sentia apla dengan dunia yang sentiasa bergelora dan di kejar bayangan harta dunia  kadang-2 aku lupa kepada hari akhirat siapa lah aku ,aku hanya manusia yang sentiasa melakukan dosa ,aku bukan malaikat ,tetapi aku berrsyukur Allah sentiasa berada disisiku mendengar doa insan yang lemah ,mendengar suara insan yang hina ini , kesabaran ini sentiasa menjadi nadi dalam hidup ku :) 




No comments:

Post a Comment