Tuesday, 16 July 2013

Ikrar Diriku

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku tahu ketenangan, kebahagiaan dan keyakinan sedang menghampiriku,
Aku sedar setipa musibah yang menimpa diriku adalah ujian-Mu ke atas keimanan dan ketaatanku kepada-Mu.
 kini kumengerti bahawa di sebalik setiap kepahitan yang telah, sedang dan akan kulalui,
 Ada kemanisan yang Engkau janjikan untukku di penghujungnya.
 Aku terima setiap ketetapan-Mu ke atasku kerana aku yakin bahawa setiap ketetapan yang engkau datangkan keatasku adalah yang terbaik untukku mengikut ilmu-Mu.
 Aku kini sedar bahawa musibah yang melanda hidupku adalah petanda sayang-Mu kepadaku.
 Kini aku tidak lagi bertuhankan dunia, sebaliknya aku bertuhankan engkau Ya Allah.
 Kini aku tidak lagi meletakkan kebahagiaan kepada kebendaan
. Aku tidak lagi takut kepada sesuatu atau seseorang kerana aku tahu tiada ketakutan bagiku yang mentaati-Mu.
 Cukup engkau tempatku bergantung kepada yang selain daripada-Mu.
 Aku sekarang melihat engkau dalam setiap hal kehidupanku,
 Aku kini tenteram walaupun dunia di sekelilingku kian bergelora, aku sudah pun memulakan lembaran baru dalam hidupku,
 Aku tahu engkau tuhan yang maha memberi . maha penyayang dan maha menolong,
Aku reda dan bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat-Mu ke atasku 
Aku sekarang rajin berusaha dan sentiasa mengingati -Mu
Aku tidak lagi mudah berputus asa ,
Terima kasih kepada-Mu kerana telah memberi petunjuk kepadaku . Amin 

No comments:

Post a Comment