Monday, 15 July 2013

Segar Indah Namamu Dihatiku

Alhamdulilah aku rasa aku boleh lupakan dia ,satu persatu tentang diri dia aku cuba untuk lupakan. Mungkin sudah tertulis kami tiada jodoh , mungkin juga kami ditakdirkan tidak boleh hidup bersama. Tipu kalau aku kata aku tidak ingat pada kenangan yang lalu. the wonderful moment yang sentiasa bermain dalam ingatan. aku percaya suatu hari nanti aku juga boleh hidup bahagia tanpa cinta dia. aku redha, rela dan pasrah atas segala kekecewaan dan kelukaan hati ini. aku sedar aku sahaja yang inginkan dirimu ..Aku umpama burung yang kehilangan sayap pada waktu ku memerlukan dirimu..

Satu persatu kenangan kita saya hapuskan ,kenapa saya hapuskan kenangan kita sebab saya tak nak menitiskan air mata lagi kerana awak .. Kenapa awak janji pada saya yang awak tak akan tinggalkan saya ?kenapa ? Saya jadi seorang pengharap ,awak tahu seseorang yang menharapkan hubungan itu berkekalan.. Sejauh mana lagi saya nak buktikan kepada awak yang saya sayangkan awak ? apa yang perlu saya buat ? kenapa saya yang perlu menderita seperti ini ? kenapa ,kenapa kenapa saya ?? Sebelum semua ini jadi saya pernah cerita dekat awak yang saya sentiasa mimpi awak tinggalkan saya,awak cakap jangan fikir sangat awak tak akan tinggalkan saya .. Tapi apa semua tu ? Apa ?Maniskan ucapan awak untuk menutup penipuan yang awak reka ..

Sebuah kertas yang awak reka selama ini hanya atas dasar permainankan ? Saya bukan game yang awak nak sepak-sepak.Kenapa wujud seorang lelaki seperti awak ? suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan ,seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati ,lelahnya cinta dan air mata ku persembahan dalam hidup ku ..Maafkan lah bila hati tak sempurna

No comments:

Post a Comment